Tuesday 14 October 2014

Modul Pengurusan Perniagaan

BPP101 (Automasi Pejabat)

         Automasi pejabat didefinisikan sebagai suatu sistem pelaksanaan tugas alat automatik yang membolehkan proses kerja dilakukan dengan menggunakan tenaga manusia yang sedikit atau tidak menggunakan tenaga manusia sama sekali di tempat bekerja.

         Jenis peralatan yang digunakan termasuk mesin pendua, alat komunikasi seperti telefon, faksimile, televisyen dan radio, alat pengiraan seperti kalkulator, mesin juruwang, mesin frangki, alat penimbang surat, komputer, mesin pencetak, alat pengimbas, mesin taip elektronik,perakam untuk merakam minit mesyuarat dan macam-macam lagi.

  • Fotokopi
  • Frangki
  • Mesin rincih
  • Faksimile
  • Tugasan Pencetakan
  • Tugasan Email
http://www.no1-office.com/blog/wp-content/uploads/2013/07/tips-memilih-mesin-fotocopy-untuk-usaha.jpg

BPP102 (Kurier & Dispatch)



Apa itu kurier?

Kurier ialah perkhidmatan menhantar surat atau barang dengan segera.Maknanya, hantar hari ini,besok dah sampai.Antara syarikat kurier tempatan di Malaysia ni seperti Poslaju,Nationwide,Gdex,Citylink,Abx dan banyak lagi.Yang Internasional seperti Fedex,DHL,Ups,Tnt dan banyaklagi.Harga perkhidmatan kurier nie lebih mahal dari perkhidmatan pos bersetem.Servisnya pula terus ke pintu rumah atau pintu ofis.Sebagai bukti serah,kurier memerlukan tandatangan,nama dan n0.k/p penerima dan cop syarikat kalau hantar ke syarikatlah.
  • Menyediakan senarai penghantaran
  • Mengatur untuk penghantaran
  • Menyediakan dokumen kurier
  • Menyediakan dokumen pos
  • Menerima mel masuk
  • Menjawab surat koresponden(pelanggan)
BPP103 (PENGENDALIAN MEL DAN PERKHIDMATAN PELANGGAN)


Standard perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan seboleh-bolehnya hendaklah tinggi nilainya sehingga melebihi ekspektasi pelanggan sejajar dengan pendekatan delighting the customer. 
Perkhidmatan pelanggan yang menjadi asas utama kepada pendekatan delighting the customer adalah memenuhi ciri-ciri kualiti dalam tiga kategori, iaitu fizikal, penyampaian dan emosi 

BPP104 (Tugasan Pemfailan)

TUGASAN PEMFAILAN:





TUGAS UTAMA SISTEM FAIL


Proses:



MENGKELAS , MENGINDEKS, MENYIMPAN,  MENGESAN KEMBALI



KAEDAH FAIL



Menumpukan kepada cara mana setiap proses itu dilaksanakan.



MATLAMAT SISTEM FAIL




Memberi maklumat (fail) yang) betul kepada orang yang memerlukan pada masa yang ditetapkan dengan kos/perbelanjaan yang terendah


SEMESTER 2

BPP201 (Tugasan Menaip)

Kemahiran menaip merupakan kelebihan bagi mereka yang sentiasa menggunakan komputer dalam urusan pekerjaan ataupun peribadi. Kebanyakan pengguna memang telah tahu menaip menggunakan papan kekunci, tetapi teknik menaip yang digunakan mungkin bukanlah teknik sebenar seperti yang sepatutnya dilakukan oleh jurutaip professional.
Teknik menaip dengan betul boleh dipelajari di www.typingweb.com. Di laman web tersebut, pengguna akan diajar mengenai kedudukan jejari yang betul. Jari telunjuk sebelah kiri sepatutnya berada pada huruf F dan jari telunjuk sebelah kanan berada pada huruf J. Kelajuan menaip minima untuk menjadi seorang jurutaip adalah 80 perkataan seminit. Walaupun kini tugasan jurutaip mungkin sudah tidak wujud lagi, namun kemahiran menaip dengan pantas dapat memberikan kelebihan dalam tugasan seharian.


BPP202 (Laporan Berformat Dan E-Book Keeping)

LAPORAN BERFORMAT DAN E-BOOK KEEPING



BPP203 (Fungsi Penyeliaan)


Penyelia merupakan golongan pegawai yang amat penting dalam sesebuah organisasi. Mereka adalah penggerak, perancangan utama dan berfungsi sebagai tulang belakang bagi operasi organisasi dan mereka juga adalah penghubung di antara para pekerja dengan pihakpengurusan. Kejayaan para penyelia dalam memainkan peranan dan fungsi mereka dengan yakin sudah pasti akan membawa kejayaan kepada organisasi secara keseluruhan.


  1. Mengetahui tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab sebagai penyelia.
  2. Mengetahui isu-isu utama di dalam mengurus pekerja dan mahir mengatasinya.
  3. Memahami tentang cara-cara yang betul di dalam mendisilinkan pekerja, coaching dan melakukan penyeliaan yang berkesan.
  4. Mengetahui isu-isu di dalam kepimpinan dan memilih gaya kepimpinan yang berkesan serta memahirkan teknik-teknik meningkatkan kepimpinan.
  5. Memotivasi diri sendiri dan pekerja lain dan bijak membentuk sebuah pasukan kerja yang kuat dan mantap.
  6. Mengetahui teknik-teknik terbaik di dalam menyelesaikan masalah.

  • Pengendalian mesyuarat
  • Latihan kerja
  • Kursus induksi

BPP204 (Telesidang Video)'

Sistem telesidang video atau Video Conference System (VC) merupakan satu aplikasi ICT yang membolehkan persidangan dilakukan antara dua atau lebih individu yang berada pada lokasi yang berlainan. Mereka boleh berkomunikasi, berinteraksi serta berkongsi maklumat dan data secara bersemuka melalui audio dan video. Individu yang terlibat dalam persidangan ini boleh berada di dalam bangunan yang sama, atau lokasi lain di seluruh dunia.

SEMESTER 3
BPP301 (Perkhidmatan Pelanggan)


Perkhidmatan pelanggan dapat membantu pelajar untuk menyediakan servis yang terbaik kepada pelanggan. Secara keseluruhannya, ia juga berkait rapat dengan dunia perniagaan.

BPP302 (Sistem Pemfailan Pertengahan)

Sistem pemfailan pertengahan lebih merujuk kepada cara mengemas kini fail dan cara menutup fail serta cara menempatkan fail yang dapat digunakan ayau tidak digunakan. Fail juga haruslah diselenggara mengikut tempoh jangka masa yang ditetapkan. Sekiranya fail tersebut tidak digunakan, fail tersebut haruslah dilupuskan. 

BPP303 (Persembahan Elektronik)

Dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint, pelajar dapat menghasilkan persembahan elektronik mengikut kriiteria yang ditetapkan. Pelajar diajarkan cara mempersembahankan persembahan elektronik dengan betul. Pelajar juga didedahkan tentang cara-cara menghias powerpoint mereka.

BPP304 (Penyediaan Mesyuarat)

Dalam modul ini, pelajar akan didedahkan dengan betul tentang cara menyediakan keperluan sebelum mesyuarat berlangsung serta menguruskan kemudahan-kemudahan yang diperlukan semasa menyuarat. Pelajar juga akan diajar cara mengenalpasti bilangan ahli mesyuarat, menyediakan salinan minit mesyuarat dan mengurus bilik mesyuarat. Mesyuarat bermaksud sebentuk komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu pertubuhan yang bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit. Mesyuarat mempunyai dua jenis iaitu mesyuarat rasmi dan tidak rasmi. Pelajar juga akan dapat belajar penyediaan sebelum, semasa dan selepas menyuarat.

SEMESTER 4

BPP401 (Perancangan Kerja Dan Latihan)

Pelajar akan didedahkan tentang cara menguruskan perancangan dengan betul. Perancangan kerja dapat melatih pelajar supaya dapat menguruskan sesuatu kerja dengan tersusun dan sistematik. Latihan kerja pula dapat melatih pelajar untuk melatih orang baru dalam sesuatu syarikat ataupun pekerja yang bermasalah.

BPP402 (Spreadsheet)

Pelajar diajarkan cara menggunakan Microsoft Excel dengan menggunakan pelbagai formula untuk memudahkan kerja. Ini dapat digunakan semasa bekerja yang melibatkan kewangan syarikat.

BPP403 (Business Travel)

Pelajar akan diajar untuk membuat tentatif program bagi program yang dijalankan oleh pelajar sendiri. Pelajar diminta untuk merancang tentatif program sendiri.

BPP404 (Telesidang video)

Pelajar dilatih untuk membuat weebly atau blogger yang dapat digunakan untuk mempromosikan  barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat. Pelajar diminta untuk membuat syarikat sendiri dan mempromosikan barangan yang dikeluar di weebly atau blogger.


No comments:

Post a Comment