Jamuan berbuka puasa ini melibatkan tahun 2 Pengurusan Perniagaan. Tujuan jamuan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Selain itu, dapat berbuka bersama rakan sekelas dan pensyarah-pensyarah program Pengurusan Perniagaan.
Tuesday, 14 October 2014
Modul Pengurusan Perniagaan
BPP101 (Automasi Pejabat)
Automasi pejabat didefinisikan sebagai suatu sistem pelaksanaan tugas alat automatik yang membolehkan proses kerja dilakukan dengan menggunakan tenaga manusia yang sedikit atau tidak menggunakan tenaga manusia sama sekali di tempat bekerja.
Jenis peralatan yang digunakan termasuk mesin pendua, alat komunikasi seperti telefon, faksimile, televisyen dan radio, alat pengiraan seperti kalkulator, mesin juruwang, mesin frangki, alat penimbang surat, komputer, mesin pencetak, alat pengimbas, mesin taip elektronik,perakam untuk merakam minit mesyuarat dan macam-macam lagi.
BPP102 (Kurier & Dispatch)
BPP104 (Tugasan Pemfailan)
TUGASAN PEMFAILAN:
Proses:
MENGKELAS , MENGINDEKS, MENYIMPAN, MENGESAN KEMBALI
KAEDAH FAIL
Menumpukan kepada cara mana setiap proses itu dilaksanakan.
Memberi maklumat (fail) yang) betul kepada orang yang memerlukan pada masa yang ditetapkan dengan kos/perbelanjaan yang terendah
BPP202 (Laporan Berformat Dan E-Book Keeping)
LAPORAN BERFORMAT DAN E-BOOK KEEPING
BPP203 (Fungsi Penyeliaan)
Penyelia merupakan golongan pegawai yang amat penting dalam sesebuah organisasi. Mereka adalah penggerak, perancangan utama dan berfungsi sebagai tulang belakang bagi operasi organisasi dan mereka juga adalah penghubung di antara para pekerja dengan pihakpengurusan. Kejayaan para penyelia dalam memainkan peranan dan fungsi mereka dengan yakin sudah pasti akan membawa kejayaan kepada organisasi secara keseluruhan.
Automasi pejabat didefinisikan sebagai suatu sistem pelaksanaan tugas alat automatik yang membolehkan proses kerja dilakukan dengan menggunakan tenaga manusia yang sedikit atau tidak menggunakan tenaga manusia sama sekali di tempat bekerja.
Jenis peralatan yang digunakan termasuk mesin pendua, alat komunikasi seperti telefon, faksimile, televisyen dan radio, alat pengiraan seperti kalkulator, mesin juruwang, mesin frangki, alat penimbang surat, komputer, mesin pencetak, alat pengimbas, mesin taip elektronik,perakam untuk merakam minit mesyuarat dan macam-macam lagi.
- Fotokopi
- Frangki
- Mesin rincih
- Faksimile
- Tugasan Pencetakan
- Tugasan Email
BPP102 (Kurier & Dispatch)
Apa itu kurier?
Kurier ialah perkhidmatan menhantar surat atau barang dengan segera.Maknanya, hantar hari ini,besok dah sampai.Antara syarikat kurier tempatan di Malaysia ni seperti Poslaju,Nationwide,Gdex,Citylink,Abx dan banyak lagi.Yang Internasional seperti Fedex,DHL,Ups,Tnt dan banyaklagi.Harga perkhidmatan kurier nie lebih mahal dari perkhidmatan pos bersetem.Servisnya pula terus ke pintu rumah atau pintu ofis.Sebagai bukti serah,kurier memerlukan tandatangan,nama dan n0.k/p penerima dan cop syarikat kalau hantar ke syarikatlah.
- Menyediakan senarai penghantaran
- Mengatur untuk penghantaran
- Menyediakan dokumen kurier
- Menyediakan dokumen pos
- Menerima mel masuk
- Menjawab surat koresponden(pelanggan)
Standard perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan seboleh-bolehnya hendaklah tinggi nilainya sehingga melebihi ekspektasi pelanggan sejajar dengan pendekatan delighting the customer.
Perkhidmatan pelanggan yang menjadi asas utama kepada pendekatan delighting the customer adalah memenuhi ciri-ciri kualiti dalam tiga kategori, iaitu fizikal, penyampaian dan emosi BPP104 (Tugasan Pemfailan)
TUGASAN PEMFAILAN:
TUGAS UTAMA SISTEM FAIL
Proses:
MENGKELAS , MENGINDEKS, MENYIMPAN, MENGESAN KEMBALI
KAEDAH FAIL
Menumpukan kepada cara mana setiap proses itu dilaksanakan.
MATLAMAT SISTEM FAIL
Memberi maklumat (fail) yang) betul kepada orang yang memerlukan pada masa yang ditetapkan dengan kos/perbelanjaan yang terendah
SEMESTER 2
BPP201 (Tugasan Menaip)Kemahiran menaip merupakan kelebihan bagi mereka yang sentiasa menggunakan komputer dalam urusan pekerjaan ataupun peribadi. Kebanyakan pengguna memang telah tahu menaip menggunakan papan kekunci, tetapi teknik menaip yang digunakan mungkin bukanlah teknik sebenar seperti yang sepatutnya dilakukan oleh jurutaip professional. | |
Teknik menaip dengan betul boleh dipelajari di www.typingweb.com. Di laman web tersebut, pengguna akan diajar mengenai kedudukan jejari yang betul. Jari telunjuk sebelah kiri sepatutnya berada pada huruf F dan jari telunjuk sebelah kanan berada pada huruf J. Kelajuan menaip minima untuk menjadi seorang jurutaip adalah 80 perkataan seminit. Walaupun kini tugasan jurutaip mungkin sudah tidak wujud lagi, namun kemahiran menaip dengan pantas dapat memberikan kelebihan dalam tugasan seharian. |
BPP202 (Laporan Berformat Dan E-Book Keeping)
LAPORAN BERFORMAT DAN E-BOOK KEEPING
BPP203 (Fungsi Penyeliaan)
Penyelia merupakan golongan pegawai yang amat penting dalam sesebuah organisasi. Mereka adalah penggerak, perancangan utama dan berfungsi sebagai tulang belakang bagi operasi organisasi dan mereka juga adalah penghubung di antara para pekerja dengan pihakpengurusan. Kejayaan para penyelia dalam memainkan peranan dan fungsi mereka dengan yakin sudah pasti akan membawa kejayaan kepada organisasi secara keseluruhan.
- Mengetahui tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab sebagai penyelia.
- Mengetahui isu-isu utama di dalam mengurus pekerja dan mahir mengatasinya.
- Memahami tentang cara-cara yang betul di dalam mendisilinkan pekerja, coaching dan melakukan penyeliaan yang berkesan.
- Mengetahui isu-isu di dalam kepimpinan dan memilih gaya kepimpinan yang berkesan serta memahirkan teknik-teknik meningkatkan kepimpinan.
- Memotivasi diri sendiri dan pekerja lain dan bijak membentuk sebuah pasukan kerja yang kuat dan mantap.
- Mengetahui teknik-teknik terbaik di dalam menyelesaikan masalah.
- Pengendalian mesyuarat
- Latihan kerja
- Kursus induksi
BPP204 (Telesidang Video)'
Sistem telesidang video atau Video Conference System (VC) merupakan satu aplikasi ICT yang membolehkan persidangan dilakukan antara dua atau lebih individu yang berada pada lokasi yang berlainan. Mereka boleh berkomunikasi, berinteraksi serta berkongsi maklumat dan data secara bersemuka melalui audio dan video. Individu yang terlibat dalam persidangan ini boleh berada di dalam bangunan yang sama, atau lokasi lain di seluruh dunia.
SEMESTER 3
BPP301 (Perkhidmatan Pelanggan)
Sistem telesidang video atau Video Conference System (VC) merupakan satu aplikasi ICT yang membolehkan persidangan dilakukan antara dua atau lebih individu yang berada pada lokasi yang berlainan. Mereka boleh berkomunikasi, berinteraksi serta berkongsi maklumat dan data secara bersemuka melalui audio dan video. Individu yang terlibat dalam persidangan ini boleh berada di dalam bangunan yang sama, atau lokasi lain di seluruh dunia.
SEMESTER 3
BPP301 (Perkhidmatan Pelanggan)
Perkhidmatan pelanggan dapat membantu pelajar untuk menyediakan servis yang terbaik kepada pelanggan. Secara keseluruhannya, ia juga berkait rapat dengan dunia perniagaan.
BPP302 (Sistem Pemfailan Pertengahan)
Sistem pemfailan pertengahan lebih merujuk kepada cara mengemas kini fail dan cara menutup fail serta cara menempatkan fail yang dapat digunakan ayau tidak digunakan. Fail juga haruslah diselenggara mengikut tempoh jangka masa yang ditetapkan. Sekiranya fail tersebut tidak digunakan, fail tersebut haruslah dilupuskan.
BPP303 (Persembahan Elektronik)
Dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint, pelajar dapat menghasilkan persembahan elektronik mengikut kriiteria yang ditetapkan. Pelajar diajarkan cara mempersembahankan persembahan elektronik dengan betul. Pelajar juga didedahkan tentang cara-cara menghias powerpoint mereka.
BPP304 (Penyediaan Mesyuarat)
Dalam modul ini, pelajar akan didedahkan dengan betul tentang cara menyediakan keperluan sebelum mesyuarat berlangsung serta menguruskan kemudahan-kemudahan yang diperlukan semasa menyuarat. Pelajar juga akan diajar cara mengenalpasti bilangan ahli mesyuarat, menyediakan salinan minit mesyuarat dan mengurus bilik mesyuarat. Mesyuarat bermaksud sebentuk komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu pertubuhan yang bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit. Mesyuarat mempunyai dua jenis iaitu mesyuarat rasmi dan tidak rasmi. Pelajar juga akan dapat belajar penyediaan sebelum, semasa dan selepas menyuarat.
SEMESTER 4
BPP401 (Perancangan Kerja Dan Latihan)
Pelajar akan didedahkan tentang cara menguruskan perancangan dengan betul. Perancangan kerja dapat melatih pelajar supaya dapat menguruskan sesuatu kerja dengan tersusun dan sistematik. Latihan kerja pula dapat melatih pelajar untuk melatih orang baru dalam sesuatu syarikat ataupun pekerja yang bermasalah.
BPP402 (Spreadsheet)
Pelajar diajarkan cara menggunakan Microsoft Excel dengan menggunakan pelbagai formula untuk memudahkan kerja. Ini dapat digunakan semasa bekerja yang melibatkan kewangan syarikat.
BPP403 (Business Travel)
Pelajar akan diajar untuk membuat tentatif program bagi program yang dijalankan oleh pelajar sendiri. Pelajar diminta untuk merancang tentatif program sendiri.
BPP404 (Telesidang video)
Pelajar dilatih untuk membuat weebly atau blogger yang dapat digunakan untuk mempromosikan barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat. Pelajar diminta untuk membuat syarikat sendiri dan mempromosikan barangan yang dikeluar di weebly atau blogger.
BPP403 (Business Travel)
Pelajar akan diajar untuk membuat tentatif program bagi program yang dijalankan oleh pelajar sendiri. Pelajar diminta untuk merancang tentatif program sendiri.
BPP404 (Telesidang video)
Pelajar dilatih untuk membuat weebly atau blogger yang dapat digunakan untuk mempromosikan barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat. Pelajar diminta untuk membuat syarikat sendiri dan mempromosikan barangan yang dikeluar di weebly atau blogger.
Arkitek Muda
Assalammualaikum.
To be honest, kami sangat gembira apabila mendapat tugasan arkitek muda ini kerana kami dapat mereka bentuk pejabat kami sendiri. Biasanya kami hanya membuat lakaran sahaja tapi kali ini kami dapat mereka sebuah pejabat mengikut citarasa kami ini.
CREATIVE PRODUCTION
Yes . Itu adalah nama kumpulan kami. Nama kumpulan ini merupakan nama dari hasil sumbangan idea kami secara berkumpulan. Banyak idea telah disumbangkan selama kami menyiapkan projek ini. Disebabkan terlalu banyak idea dilontarkan oleh pelbagai pihak, jadi kami sebulat suara bersepakat untuk menamakan syarikat kami iaitu Creative Production. Hal ini adalah kerana gabungan idea semua pihak hingga tercetusnya hasil projek yang sangat hebat dan menarik. Sudah pasti anda semua ingin melihat hasil projek kami. Banyak halangan yang terjadi semasa kami menyiapkan projek ini. Ini adalah hasil kerja selama kami menyiapkan projek.
Lakaran Projek
Guess what ? Ini adalah lakaran kedua kami setelah projek yang pertama telah terbengkalai kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Lots of emotion yang timbul apabila masa hanya tinggal dalam 2 minggu sahaja lagi untuk menyiapkan projek ini. Tapi, Alhamdulilah berkat semangat kami berkumpulan yang tidak pudar dan tidak hanya melepaskan tanggungjawab , kami dapat menghasilkan projek yang lebih menarik dari yang dijangkakan.
Pengenalan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Inilah cerita mengenai program diploma Pengurusan Perniagaan di KV Dato' Lela Maharaja (D'LEMA).
Inilah cerita mengenai program diploma Pengurusan Perniagaan di KV Dato' Lela Maharaja (D'LEMA).
Diploma Pengurusan Perniagaan mensasarkan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentasi pelbagai disiplin perniagaan dan membantu untuk menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Ini adalah satu bidang dinamik pengajian bagi pelajar-pelajar yang ingin membangunkan kemahiran dalam pelbagai kajian seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan,
kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan. Disebabkan sifat fleksibel rangka kerja kursus, pelajar mampu untuk memilih laluan yang sesuai untuk kepentingan mereka, sama ada untuk memasuki pasaran pekerjaan atau untuk melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai program perniagaan.
Di semester 8, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 3 bulan bagi meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.
Perkembangan pesat ekonomi negara membuka peluang yang luas kepada lulusan kv termasuk bidang Pengurusan Perniagaan. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi maklumat di negara ini telah meningkatkan peranan bidang ini khususnya dan aspek pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi.
Program pengurusan perniagaan yang ditawarkan di kv ini bertujuan menghasilkan pelajar-pelajar yang arif tentang amalan perniagaan dan pentadbiran serta mempunyai pengetahuan mendalam di dalam bidang ini.
Hasratnya ialah untuk melahirkan tenaga profesional yang cemerlang yang dapat menterjemahkan teori kepada amalan dan seterusnya berkebolehan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah-masalah pengurusan dan perniagaan.
Dengan kata lain, program ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memikul tugas-tugas sebagai seorang pengurus, perunding, pentadbir atau usahawan yang berkaliber serta profesional yang berkesan, cekap dan berhemah tinggi.
Sebenarnya bidang ini merangkumi skop yang luas atau banyak pengkhususan untuk pelajar membuat pilihan. Di antara kursus-kursus yang popular ditawarkan oleh universiti dan IPT tempatan ialah pengurusan, pemasaran, kewangan, perakaunan, pentadbiran perniagaan, insurans dan perdagangan antarabangsa. Pelajar boleh mengkhusus dalam salah satu bidang tersebut.
Semasa pengajian pelajar akan mengikuti kursus-kursus termasuk pengurusan, perakaunan, kewangan, kuantitatif, pemasaran, insurans, ekonomi, ekonomi Islam, undang-undang perniagaan serta kursus lain yang berkaitan.
Lulusan di bidang ini mempunyai peluang kerjaya yang banyak sama ada di sektor awam atau swasta termasuk bank, institusi kewangan, industri, perkilangan, perkhidmatan, pengangkutan dan pelancongan, atau memulakan perniagaan tersendiri.
Kerjaya yang sesuai termasuk eksekutif perjawatan, eksekutif sumber manusia, pemasaran, pelaburan, pentadbiran, pengurusan, perniagaan antarabangsa, kewangan, tenaga pengajar, pensyarah dan usahawan.
CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
(i) Meminati bidang ini
(ii) Mempunyai pengetahuan di bidang pengurusan dan perniagaan
(iii) Mempunyai pengetahuan di bidang ekonomi
(iv) Sentiasa mengikuti perkembangan dunia perniagaan dan ekonomi
(v) Menguasai ilmu matematik
(iv) Mahir mengendalikan komputer
(vi) Tiada gagal
Subscribe to:
Posts (Atom)